Sebanyak 8 orang calon telah berjaya memperoleh 5A dan 7 orang pula berjaya memperoleh 4A 1B. Tahniah atas cemerlangan anda.
Guru Cemerlang
Blog ini dibina untuk menjadi wadah kepada rakan-rakan guru berkongsi pengalaman, pandangan, dan idea dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Blog ini juga boleh digunakan oleh para pelajar untuk membuat latihan dan mendapatkan tip menghadapi peperiksaan serta motivasi diri.
Wednesday, December 12, 2012
Monday, December 26, 2011
Tersingkap Tabir 2012 ...
Assalamualaikum ...
Berat rasanya untukku tinggalkan 2011 yang penuh dengan kenangan suka dan duka. 2011, aku telah dilantik sebagai Penyelaras Tahun 6, dan aku juga ialah guru Bahasa Melayu bagi Tahun 6 Melur. Pelbagai program telah aku dan rakan-rakanku rancang serta laksanakan, segalanya untuk "Menjulang Juara UPSR 2011". Sokongan dan dukungan pihak pentadbir menambahkan keyakinan dan semangatku untuk mencurahkan bakti kepada 83 orang anak didikku.
Keputusan UPSR telah diumumkan. Pencapaiannya ... 3 orang telah berjaya mendapat 5A, 7 orang 4A 1B dan peratus keseluruhan telah meningkat kepada 68.3%. Nampaknya, jumlah yang memperoleh 5A agak merosot. Aku telah menduganya, namun aku boleh berbangga dengan keputusan yang lain. Bagi subjek ajaranku, pencapaian telah meningkat ... 96.8% Pemahaman dan Penulisan.
Harapanku ... semoga tabir 2012 nanti akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik buatku dan rakan-rakanku ... Insya-Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)