Monday, December 26, 2011

Tersingkap Tabir 2012 ...

Assalamualaikum ...

Berat rasanya untukku tinggalkan 2011 yang penuh dengan kenangan suka dan duka. 2011, aku telah dilantik sebagai Penyelaras Tahun 6, dan aku juga ialah guru Bahasa Melayu bagi Tahun 6 Melur. Pelbagai program telah aku dan rakan-rakanku rancang serta laksanakan, segalanya untuk "Menjulang Juara UPSR 2011". Sokongan dan dukungan pihak pentadbir menambahkan keyakinan dan semangatku untuk mencurahkan bakti kepada 83 orang anak didikku.

Keputusan UPSR telah diumumkan. Pencapaiannya ... 3 orang telah berjaya mendapat 5A, 7 orang 4A 1B dan peratus keseluruhan telah meningkat kepada 68.3%. Nampaknya, jumlah yang memperoleh 5A agak merosot. Aku telah menduganya, namun aku boleh berbangga dengan keputusan yang lain. Bagi subjek ajaranku, pencapaian telah meningkat ... 96.8% Pemahaman dan Penulisan.


Harapanku ... semoga tabir 2012 nanti akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik buatku dan rakan-rakanku ... Insya-Allah.